Anak dara sanggup kahwin warga emas, walaupun beza umur 46 tahun

Anak dara sanggup kahwin warga emas, walaupun beza umur 46 tahun

PERBEZAAN jarak umur terlalu jauh tidak menghalang pasangan ini mengikat tali perkahwinan di Jawa Barat.-INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA BARAT: Seorang gadis berusia 19 tahun sanggup menerima lamaran seorang warga emas berusia 65 tahun walaupun jarak perkahwinan mereka berbeza 46 tahun. 

Pernikahan pasangan berkenaan menjadi bahan perbincangan dalam media sosial lantaran kemurahan hati Sondani menghadiahkan mas kahwin sebanyak 500 juta rupiah (RM150,000). 

Sondani yang berasal dari Ciberon, Jawa Barat, berkata, pemberian mas kahwin itu adalah atas keinginan dirinya dan tiada tuntutan daripada mana-mana pihak. 

Isterinya, Fia Barlianti, bukan sahaja menerima wang tunai, bahkan turut dihadiahkan sebuah rumah, kereta, pakej umrah, emas 55 gram serta hadiah lain. 

Sondani berkata, dia langsung tidak terasa hati dengan isu perkahwinan ‘luar biasa’ itu yang menjadi perbualan masyarakat.

“Saya tidak mempunyai akaun media sosial bahkan telefon bimbit saya juga sudah ketinggalan zaman.

“Saya tahu ramai yang bercakap kisah perkahwinan di media sosial, tetapi saya biarkan sahaja,” katanya lapor Kompas.com.  

Sondani hanya menggunakan telefon monofonik iaitu generasi terawal telefon bimbit yang pernah dipasarkan.

Perkahwinan kedua lelaki itu diadakan di Kampung Tegalgubug, Arjawinangun, Cirebon. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya