25 penumpang hilang bot kargo karam di Indonesia - Utusan Malaysia

25 penumpang hilang bot kargo karam di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAKASSAR: Pasukan penyelamat Indonesia giat mencari dan menyelamat 25 penumpang hilang selepas sebuah bot kargo karam di Selat Makassar di wilayah Sulawesi Selatan.

Seramai 42 orang penumpang berada di dalam bot tersebut ketika ia karam akibat cuaca buruk pada pagi Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Makassar ke Pulau Kalmas di daerah Pangkep.

Menurut jurucakap pasukan keselamatan, Djunaidi, seramai 17 daripada 42 penumpang itu sudah diselamatkan.

Katanya, pihak berkuasa dimaklumkan mengenai lokasi bot kargo itu karam dan pasukan keselamatan dikerah ke lokasi kejadian.

Beliau juga menjelaskan bot kargo itu membawa muatan berupa bahan pembinaan.

Bot kargo itu turut dinaiki enam anak kapal.

Insiden melibatkan pengangkutan air di Indonesia sering berlaku memandangkan negara ini dikelilingi lebih 17,000 pulau, menyaksikan feri dan bot digunakan sebagai pengangkutan utama.

Pada 2018, sebuah feri yang padat dengan penumpang karam di sebuah tasik di Sumatera Utara, mengorbankan kira-kira 200 orang. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya