21 maut serangan terbaharu di Donetsk, timur Ukraine - Utusan Malaysia

21 maut serangan terbaharu di Donetsk, timur Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Sekurang-kurangnya 21 orang awam terbunuh dan 27 lagi cedera dalam serangan Russia di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Lapor Al Jazeera, Gabenor wilayah Pavlo Kyrylenko berkata, angka itu merupakan jumlah kematian harian tertinggi yang dilaporkan dalam tempoh sebulan.

Kyrylenko menerusi Telegram memaklumkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban selepas tentera Russia membedil kilang Avdiivka yang merupakan kilang terbesar di Eropah.

Katanya, lima orang maut di bandar Lyman, empat di bandar Vuhledar serta masing-masing seorang di perkampungan Velyka Novosilka dan Shandrygolove.

“Russia akan dihukum bagi setiap jenayah yang dilakukan di tanah kami,” katanya.

Jumlah kematian itu merupakan paling tinggi dilaporkan di wilayah tersebut sejak serangan Russia di stesen kereta api di bandar Kramatorsk sebulan lalu mengakibatkan lebih 50 orang terkorban.

Sementara itu, Gabenor wilayah Serhiy Haidai memaklumkan serangan dan bedilan meningkat di Luhansk, dengan situasi di sekitar Popasna semakin buruk.

Katanya, keadaan itu menyukarkan pihaknya untuk melaksanakan pemindahan penduduk.

“Tiada bandar yang selamat di wilayah Luhansk,” katanya menerusi Telegram.

Moscow menukar strategi dengan menumpukan di kawasan timur dan selatan Ukraine selepas gagal menawan Kyiv.

Russia turut cuba menyekat akses Ukraine ke Laut Hitam yang penting bagi eksport bijirin dan logam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya