2 pemilik syarikat diberkas susulan kebakaran bangunan di New Delhi

2 pemilik syarikat diberkas susulan kebakaran bangunan di New Delhi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pihak polis memberkas dua pemilik syarikat yang menjual kamera keselamatan selepas kebakaran meletus di sebuah bangunan empat tingkat di New Delhi, semalam.

Pesalah yang menyebabkan 27 mangsa maut akibat rentung boleh didakwa atas konspirasi jenayah yang boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara 10 tahun.

Pengarah Perkhidmatan Bomba Delhi, Atul Garg berkata, bangunan tersebut tidak mempunyai sijil layak menduduki oleh jabatan bomba serta tidak dilengkapi peralatan keselamatan kebakaran seperti alat pemadam api.

Garg berkata, kebakaran bermula di tingkat satu bangunan semalam dan merebak pantas ke kawasan lain.

“Kita dapati terdapat bahan plastik mudah terbakar yang digunakan untuk mengeluarkan peralatan termasuk kamera keselamatan dan sejumlah besar kadbod yang digunakan untuk pembungkusan disimpan,” katanya.

Bilik kawalan kebakaran memaklumkan sekurang-kurangnya 50 orang diselamatkan dari bangunan yang terletak di kawasan Mundka, barat New Delhi.-AP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya