115 tentera Russia dipecat kerana enggan berperang

115 tentera Russia dipecat kerana enggan berperang

PENGAWAL Kebangsaan Russia yang dikenali sebagai Rosgvardia mengawal keadaan di Red Square, Moscow.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seramai 115 Pengawal Kebangsaan Russia yang dikenali sebagai Rosgvardia dipecat kerana enggan bertempur di Ukraine. 

Dokumen mahkamah menunjukkan mengenai perbezaan pendapat dalam kalangan beberapa bahagian pasukan keselamatan berhubung pencerobohan Moscow terhadap Ukraine, lapor The Guardian.  

Pemecatan itu terbongkar Rabu lalu, selepas Mahkamah Russia menolak tuntutan kolektif yang mencabar pemecatan mereka sebelum ini. 

Keputusan mahkamah yang disiarkan dalam laman webnya menunjukkan tuntutan mahkamah ditolak selepas hakim memutuskan tentera tersebut berhak dipecat kerana ‘enggan melaksanakan tugas rasmi’ untuk berperang di Ukraine. 

Rayuan itu dibuat di Nalchik yang merupakan ibu kota republik Kabardino-Balkarian di Caucasus Russia yang merupakan tempat unit itu berpusat. 

Sejak pencerobohan Moscow di Ukraine, tentera negara itu dibelenggu semangat juang yang lemah dan enggan menyeberang Ukraine untuk berperang. 

Pentagon memaklumkan mereka sudah melihat ‘laporan anekdot’ mengenai ‘pegawai gred pertengahan di pelbagai peringkat sehingga batalion’ sama ada enggan mematuhi arahan atau sebaliknya. 

Peguam yang mewakili 115 askar itu, Andrei Sabinin berkata, keputusan mahkamah terlalu cepat disebabkan kerumitan kes tersbeut. 

“Saya menimbulkan keraguan tentang keadilan proses secara keseluruhan kerana anak guam saya dinafikan hak memanggil saksi tertentu dan beberapa dokumen ditolak oleh mahkamah,” katanya. 

Russia menubuhkan Rosgvardia iaitu sebuah pasukan tentera yang berasingan daripada tentera pada 2016 untuk memerangi keganasan dan mengekalkan ketenteraman awam. 

Sejak penubuhan skuad itu, ahli Rosgvardia sering dirujuk sebagai ‘tentera persendirian’ Presiden Russia, Vladimir Putin yang terlibat menentang protes antikerajaan secara aman. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya