[VIDEO] Tentera Israel lancar 12 peluru berpandu ke Gaza

[VIDEO] Tentera Israel lancar 12 peluru berpandu ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel melancarkan beberapa siri serangan udara ke beberapa lokasi di Semenanjung Gaza, tengah malam tadi.

Lapor Quds News Network, sumber tempatan memaklumkan pesawat perang Israel melancarkan 12 peluru berpandu di tengah bandar Gaza sehingga menyebabkan kebakaran di kawasan tersebut.

Baru-baru ini, Israel melancarkan serangan roket ke Semenanjung Gaza buat pertama kali dalam tempoh beberapa bulan sebagai tindak balas terhadap roket yang dipercayai dilancarkan oleh Hamas.

Siren amaran dibunyikan di selatan Israel semalam selepas serangan roket tersebut dilancarkan ke wilayah Zionis.

Roket itu berjaya dipintas pihak berkuasa Israel dan dilaporkan jatuh ke dalam laut di luar Tel Aviv.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN