Tentera Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa, 115 rakyat Palestin cedera

[VIDEO] Tentera Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa, 115 rakyat Palestin cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Sekurang-kurangnya 115 rakyat Palestin cedera semasa tentera Israel menceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa, awal pagi tadi.

Lapor Quds News Network, tentera Israel memecah masuk kawasan masjid selepas waktu subuh dan menyerang umat Islam yang sedang berada di ruang solat.

Palang Merah Palestin memaklumkan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.

Katanya, tentera Israel bertindak menghalang ambulans menghampiri kawasan masjid sehingga menyebabkan beberapa mangsa yang cedera masih terperangkap di dalam masjid.

Kesemua mangsa cedera akibat terkena peluru getah, gas pemedih mata dan dibantai Zionis Israel.

Jelas Palang Merah itu, pihaknya tidak mempunyai pilihan lain dan merawat mangsa yang cedera di dalam masjid.

Tentera Israel bertindak menyerang semua lapisan masyarakat baik wanita, warga emas, kanak-kanak, wartawan serta pengawal masjid.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN