Ukraine siasat 5,800 kes jenayah perang Rusia - Utusan Malaysia

Ukraine siasat 5,800 kes jenayah perang Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pejabat Pendakwa Raya Ukraine sedang menyiasat 5,800 kes jenayah perang yang didakwa dilakukan oleh Rusia dengan prosiding `semakin meningkat’ hampir setiap hari.

Memetik laporan Al Jazeera, pendakwa raya, Iryna Venediktova berkata, Ukraine sudah mengenal pasti lebih 500 suspek dalam siasatan tersebut.

Suspek itu antara lain merangkumi ahli politik Rusia, anggota tentera dan ejen propaganda.

“Kami mahu mendakwa penjenayah perang ini di mahkamah Ukraine,” katanya kepada CNN.

Sementara itu, Gabenor wilayah Donetsk, Pavlo Kyrylenko mendakwa tiga orang awam terkorban dan lapan lagi cedera akibat serangan Rusia di timur Ukraine itu.

Kyrylenko memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di Telegram.

Kejadian itu berlaku ketika pihak berkuasa Ukraine memberi amaran bahawa tentera Rusia bersiap sedia untuk melancarkan serangan secara besar-besaran di kawasan Donbas.

“Kami menjangkakan pertempuran itu akan bermula di kawasan ini dalam masa terdekat,” kata Jurucakap Kementerian Pertahanan Ukraine, Oleksandr Motuzyanyk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN