Ukraine dakwa China tahu rancangan Rusia serang Ukraine - Utusan Malaysia

Ukraine dakwa China tahu rancangan Rusia serang Ukraine

VLADIMIR PUTIN (kiri) dan Xi Jinping semasa mengadakan pertemuan rasmi di Beijing, 4 Februari lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Agensi perisikan Ukraine, SBU menuduh China melancarkan siri serangan siber terhadap infrastruktur ketenteraan dan nuklear negara ini, beberapa hari sebelum Rusia melancarkan serangan, sekali gus menunjukkan sokongan kuat Beijing kepada Moscow.

Menurut SBU, lebih 600 laman web milik Kementerian Pertahanan Ukrakne diserang kerajaan China, lapor The Times.

Tindakan itu secara tidak langsung menunjukkan China sebenarnya ‘tahu’ bila Rusia akan menyerang Ukraine.

SBU menyatakan, mereka dapat mengenal pasti sumber serangan siber itu kerana kaedah yang digunakan konsisten dengan taktik yang digunakan oleh pihak berkuasa China sebelum ini.

Agensi perisikan itu juga memaklumkan terdapat peningkatan aktiviti yang ‘menjejaskan rangkaian siber Ukraine’ dari penggodam China dan Rusia sebelum peperangan berlaku.

SBU menjelaskan, waktu kemuncak serangan siber itu dilakukan pada 23 Februari, iaitu sehari sebelum Rusia melakukan operasi ketenteraan.

Sumber perisikan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan perkara tersebut, namun pihak berkuasa United Kingdom (UK) enggan mengulas lanjut sehingga pemeriksaan teliti dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya