ODESSA: Ukraine seolah-olah ‘berbangga’ selepas mendakwa pasukan tenteranta berjaya memusnahkan kapal perang utama Rusia di Laut Hitam dalam satu serangan semalam.
Terdahulu, Rusia memaklumkan kapal Moksva mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran yang menyebabkan letupan peluru.
Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan, siasatan akan dilakukan secara terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian dan anak kapal tersebut sudah dipindahkan.
Gabenor Odessa, Maksym Marchenko sebelum ini berkata, kapal tersebut musnah disebabkan terkena tembakan peluru berpandu tentera negara ini.
“Peluru berpandu Neptune yang mengawal Laut Hitam menyebabkan kerosakan sangat serius pada kapal Moksva dan ini merupakan kemenangan buat Ukraine,” katanya. – AFP