Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemandu kenderaan berat yang menjadi punca kemalangan, khususnya yang mengorbankan nyawa atau menyebabkan kecederaan parah amat dialu-alukan.
Ia sekaligus menunjukkan keprihatinan mendalam baginda terhadap keselamatan awam dan keperluan mendesak untuk pembaharuan dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya di negara ini.
Antara tindakan yang dicadangkan adalah pemandu yang didapati bersalah dalam insiden sebegitu wajar dikenakan hukuman berat termasuk denda, penjara dan penarikan lesen memandu.
Pemilik syarikat pengendali kenderaan juga perlu dipertanggungjawabkan sebagai langkah pencegahan dan pengajaran.
Titah baginda itu merujuk kepada insiden 13 Mei lalu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Perak yang meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 dari Sungai Senam, Ipoh, selepas kenderaan mereka terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah lori muatan batu.
Kelmarin, satu lagi kemalangan maut membabitkan lori pembancuh simen yang merempuh dan menggilis seorang wadar penjara wanita dalam nahas di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), Sungai Udang, Melaka.
Kekerapan insiden melibatkan kenderaan berat ini menimbulkan persoalan adakah pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh Puspakom selama ini tidak cukup untuk mengatasi masalah mekanikal kenderaan terlibat.
Sebabnya, dalam kedua-dua kemalangan, pemandu mendakwa mengalami masalah stereng dan kes di Melaka, pemandunya mendakwa mengalami masalah brek. Walhal kita tahu, pemeriksaan Puspakom itu meliputi aspek fizikal dan mekanikal kenderaan perdagangan.
Antara yang diperiksa adalah penjajaran tayar dan keberkesanan pengendalian semasa penjajaran sisi dan memeriksa prestasi brek termasuk kecekapan brek dan ketidakseimbangan brek.
Yang dibimbangkan adalah wujudnya bengkel yang menawarkan perkidmatan penyewaan komponen kendaraan bagi tujuan lulus pemeriksaan Puspakom.
Perbuatan ini walaupun dilihat membantu mengurangkan kos syarikat pengendali perkhidmatan melibatkan bas dan lori, sebenarnya ia berisiko membunuh pengguna jalan raya yang lain.
Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan sindiket menyewakan tayar kepada pengusaha-pengusaha kenderaan berat seperti lori dan bas bagi membolehkan mereka lulus pemeriksaan Puspakom semakin berleluasa.
Sindiket tersebut memperoleh keuntungan dengan menyewakan tayar kepada pengusaha dengan anggaran harga dari RM100 hingga RM300 untuk satu tayar, bagi membolehkan pemandu membawa kenderaan berat itu ke pemeriksaan Puspakom.
Inilah yang kita bimbangkan. Sistem dan peraturan berkaitan pemeriksaan kenderaan itu memang sedia ada dan mantap. Cuma pemeriksaan dan pemantauan ke atas bengkel-bengkel berkenaan perlu juga digiatkan kerana ia mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa di atas jalan raya Malaysia.
Jangan kita lupa, insiden tayar sebuah lori yang tercabut sehingga mengakibatkan nahas tujuh maut di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ayer Keroh, Melaka pada Disember lalu juga dipercayai berpunca daripada kerosakan pada hujung gandar hadapan kenderaan terbabit. – UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Sokong titah Sultan Selangor
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemandu kenderaan berat yang menjadi punca kemalangan, khususnya yang mengorbankan nyawa atau menyebabkan kecederaan parah amat dialu-alukan.
Ia sekaligus menunjukkan keprihatinan mendalam baginda terhadap keselamatan awam dan keperluan mendesak untuk pembaharuan dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya di negara ini.
Antara tindakan yang dicadangkan adalah pemandu yang didapati bersalah dalam insiden sebegitu wajar dikenakan hukuman berat termasuk denda, penjara dan penarikan lesen memandu.
Pemilik syarikat pengendali kenderaan juga perlu dipertanggungjawabkan sebagai langkah pencegahan dan pengajaran.
Titah baginda itu merujuk kepada insiden 13 Mei lalu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Perak yang meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 dari Sungai Senam, Ipoh, selepas kenderaan mereka terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah lori muatan batu.
Kelmarin, satu lagi kemalangan maut membabitkan lori pembancuh simen yang merempuh dan menggilis seorang wadar penjara wanita dalam nahas di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), Sungai Udang, Melaka.
Kekerapan insiden melibatkan kenderaan berat ini menimbulkan persoalan adakah pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh Puspakom selama ini tidak cukup untuk mengatasi masalah mekanikal kenderaan terlibat.
Sebabnya, dalam kedua-dua kemalangan, pemandu mendakwa mengalami masalah stereng dan kes di Melaka, pemandunya mendakwa mengalami masalah brek. Walhal kita tahu, pemeriksaan Puspakom itu meliputi aspek fizikal dan mekanikal kenderaan perdagangan.
Antara yang diperiksa adalah penjajaran tayar dan keberkesanan pengendalian semasa penjajaran sisi dan memeriksa prestasi brek termasuk kecekapan brek dan ketidakseimbangan brek.
Yang dibimbangkan adalah wujudnya bengkel yang menawarkan perkidmatan penyewaan komponen kendaraan bagi tujuan lulus pemeriksaan Puspakom.
Perbuatan ini walaupun dilihat membantu mengurangkan kos syarikat pengendali perkhidmatan melibatkan bas dan lori, sebenarnya ia berisiko membunuh pengguna jalan raya yang lain.
Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan sindiket menyewakan tayar kepada pengusaha-pengusaha kenderaan berat seperti lori dan bas bagi membolehkan mereka lulus pemeriksaan Puspakom semakin berleluasa.
Sindiket tersebut memperoleh keuntungan dengan menyewakan tayar kepada pengusaha dengan anggaran harga dari RM100 hingga RM300 untuk satu tayar, bagi membolehkan pemandu membawa kenderaan berat itu ke pemeriksaan Puspakom.
Inilah yang kita bimbangkan. Sistem dan peraturan berkaitan pemeriksaan kenderaan itu memang sedia ada dan mantap. Cuma pemeriksaan dan pemantauan ke atas bengkel-bengkel berkenaan perlu juga digiatkan kerana ia mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa di atas jalan raya Malaysia.
Jangan kita lupa, insiden tayar sebuah lori yang tercabut sehingga mengakibatkan nahas tujuh maut di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ayer Keroh, Melaka pada Disember lalu juga dipercayai berpunca daripada kerosakan pada hujung gandar hadapan kenderaan terbabit. – UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved