UK luluskan satu lagi vaksin Covid-19 baharu - Utusan Malaysia

UK luluskan satu lagi vaksin Covid-19 baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pihak berkuasa kawal selia United Kingdom, MHRA memaklumkan negara ini meluluskan vaksin Covid-19 baharu yang dikeluarkan oleh syarikat pembuat ubat Austria-Perancis, Valneva.

Agensi itu dalam satu kenyataan memaklumkan, kelulusan itu diberikan selepas vaksin Valneva memenuhi keperluan keselamatan, kualiti dan standard keberkesanan.

Pada bulan lalu, vaksin tersebut yangg menggunakan teknologi tradisional melibatkan virus tidak aktif, menerima kelulusan pertama dengan penggunaan kecemasan digunakan di Bahrain.

Menerusi perjanjian pembelian yang dimeterai pada tahun lalu, Valneva komited membekalkan kerajaan negara Teluk sebanyak satu juta dos.

Firma Austria-Perancis itu turut menandatangani perjanjian dengan Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) berhubung pembekalan sehingga 60 juta dos pada 2022 dan 2023.

Valneva adalah vaksin koronavirus keenam yang diluluskan oleh UK, selepas AstraZeneca, Pfizer, Moderna, Janssen (Johnson & Johnson) dan Novavax. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN