ISTANBUL: Pihak berkuasa Turki menutup ruang udaranya kepada pesawat awam dan tentera milik Russia yang ingin melakukan penerbangan ke Syria.
Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu itu menunjukkan reaksi tegas Ankara berhubung peperangan yang berlaku antara Russia dan Ukraine.
“Kami menutup ruang udara kepada pesawat tentera Russia, termasuk pesawat awam yang terbang ke Syria,” lapor media Turki yang memetik kenyataan Mevlut.
Selain itu, beliau juga memberitahu perkara itu sudah dimaklumkan kepada rakan sejawatnya dari Russia, Sergei Lavrov yang menyampaikannya kepada Presiden Vladimir Putin.
Dalam pada itu, Mevlut memaklumkan, larangan itu akan kekal selama tiga bulan.
Sehingga kini, tiada maklum balas dari Russia. – AFP