RAMALLAH: Tentera Ukraine menembak mati tiga penduduk Palestin termasuk seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Tebing Barat.
Kejadian itu berlaku di tengah-tengah serbuan berterusan tentera Israel berikutan siri serangan maut di kawasan tersebut.
Lapor Al Jazeera, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan tiga mangsa terbunuh dalam kejadian berlaku semalam.
Tentera Israel mendakwa mangsa remaja lelaki itu melemparkan bom petrol ke arah tentera yang ‘menggunakan peluru hidup untuk menghentikan ancaman segera’.
Berhampiran Ramallah pula, Kementerian Kesihatan Palestin berkata, seorang lagi penduduk Palestin terbunuh dalam pertempuran tercetus selepas tentera Israel melakukan serbuan penangkapan.
Namun, setakat ini, tiada kenyataan daripada tentera mahupun polis Israel.
Beberapa rakaman menunjukkan puluhan penduduk Palestin melemparkan batu ke arah kenderaan berperisai Israel malah sekali-sekala kedengaran tembakan.