BERLIN: Walaupun Berlin menempatkan penduduk Islam terbesar di Jerman, namun masalah kekurangan kawasan kubur bagi urusan pengebumian belum selesai sehingga hari ini.
Isu tersebut difahamkan sudah berlarutan sejak sekian lama walaupun hampir 300,000 penduduk Islam tinggal di sana.
Situasi yang semakin meruncing itu menimbulkan kebimbangan kepada seorang penjaga kubur di Markaz, Isikali Karayel.
Isikali sudah menguruskan tapak perkuburan di Markaz sejak 2013 dan kawasan itu menjadi pilihan ramai penduduk Islam walaupun menuntut kos perbelanjaan yang tinggi.
Katanya, sebahagian penduduk lain memilih untuk mengebumikan ahli keluarga mereka di Berlin.
“Masalah tanah kubur sudah berlarutan sejak 2008, tetapi krisis itu memuncak hanya beberapa bulan lalu.
“Tiada ruang yang tinggal dan besar kemungkinan orang Islam tidak lagi boleh dikebumikan di Berlin,” katanya kepada Arab News.
Masalah sama turut diakui oleh Pereka Web, Katja Neppert yang masih mengingati bagaimana dia berhadapan isu tersebut, 10 tahun lalu ketika menjadi sukarelawan di Neukolln di bandar yang menempatkan komuniti Arab terbesar itu.
Disebabkan itu, dia pernah melancarkan kempen pembinaan lebih banyak kubur bagi umat Islam di Berlin.
“Masalah utama adalah ruang untuk menampung lebih banyak kubur,” katanya.
Katja dan rakan-rakan yang lain pernah mendesak Datuk Bandar ketika itu, Franziska Giffey supaya mewujudkan tanah perkuburan Islam di Neukolln.
Katanya, pada 2016, mereka memulakan satu siri protes dengan membawa keranda simbolik di jalanan.
Jelasnya, usaha mereka membuahkan hasil dan sebuah tanah perkuburan tempatan dengan ruang yang cukup untuk menampung 1,000 lot kubur.
Bagaimanapun, ruang tersebut hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja dan masalah sama tetap berulang.