'Syurga barangan permainan' Jakarta musnah dijilat api

‘Syurga barangan permainan’ Jakarta musnah dijilat api

PENDUDUK cuba memadamkan kebakaran di Pasar Gembrong di Jakarta Timur, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Satu daripada pasar terbesar di Jakarta, Pasar Gembrong terbakar dalam satu kejadian kelmarin, menyaksikan kira-kira 400 kedai termasuk rumah penduduk di kawasan berhampiran musnah.

Lapor CNN Indonesia yang memetik Ketua Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Jakarta Timur, Gatot Sulaeman, kebakaran itu menyebabkan kerugian sehingga 1.5 bilion rupiah (RM450,000).

“Sebanyak 1,000 keluarga di lima kawasan kejiranan terjejas akibat kebakaran tersebut.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas daripada satu daripada rumah penduduk sebelum api merebak sehingga ke pasar berkenaan.

“Bomba menerima panggilan telefon kira-kira pukul 8.06 malam sebelum bergegas ke lokasi,” katanya.

Jelas Gatot, sebanyak 130 anggota bomba dan 26 jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Katanya, api dapat dikawal satu jam kemudian, namun hanya padam sepenuhnya tujuh jam selepas itu.

“Kebakaran ini amat besar sehingga menyebabkan banyak rumah dan kedai di dalam pasar musnah. Kawasan kemusnahan dianggarkan seluas 1,200 meter persegi,” ujarnya.

Pasar Gembrong terkenal dalam kalangan masyarakat Jakarta sebagai destinasi ‘syurga kanak-kanak’ kerana kebanyakan peniaganya menjual barang permainan.

Insiden kebakaran di pasar tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak dan menerusi Twitter, orang ramai berkongsi gambar di lokasi kejadian.

Terdapat juga pengguna Twitter yang menzahirkan rasa sedih kerana pasar itu merupakan pasar terawal di Jakarta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya