Seorang lagi pejuang Palestin maut ditembak Zionis - Utusan Malaysia

Seorang lagi pejuang Palestin maut ditembak Zionis

PASUKAN keselamatan Israel memukul penduduk Palestin dalam rusuhan di Baitulmuqaddis, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENIN: Tentera Israel membunuh seorang pejuang Palestin di Tebing Barat ketika melakukan serbuan di kawasan kediaman suspek yang disyaki melancarkan serangan bersenjata di Tel Aviv.

Ketegangan antara Zionis dan rakyat Palestin semakin memuncak menjelang Ramadan dan dikhuatiri semakin parah dari semasa ke semasa.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, seramai 13 orang cedera dalam insiden berbalas tembakan di bandar Jenin semalam, dengan Gerakan Jihad Islam Palestin mendakwa, individu yang terbunuh merupakan anggotanya.

Zionis pula memberitahu, pasukan tenteranya melepaskan tembakan selepas mangsa melepaskan tembakan ke arah mereka.

Penduduk setempat menyatakan, tentera Israel mengepung kediaman seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan sehingga menyebabkan tiga penduduk Yahudi mati di Tel Aviv pada Khamis lalu.

Suspek dilaporkan maut ditembak Zionis beberapa jam kemudian selepas serbuan dijalankan.

Jenin dianggap sebagai kubu kuat pejuang Palestin dan Presiden Mahmoud Abbas mengutuk keras serangan di Tel Aviv.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN