Russia kuasai 80 peratus wilayah Luhansk - Utusan Malaysia

Russia kuasai 80 peratus wilayah Luhansk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Seorang pegawai Ukraine mendakwa tentera Russia kini sudah menguasai 80 peratus wilayah Luhansk di negara itu.

Luhansk merupakan salah satu daripada dua wilayah timur Donbas.

Gabenor Luhansk, Serhiy Haidai yang juga merupakan ketua pentadbiran tentera wilayah, membuat pengumuman itu menerusi Telegram.

Lapor Al Jazeera, Haidai turut memaklumkan hospital dan bilik mayat di sekitar kawasan yang dikepung itu mengalami kesesakan berikutan bilangan pesakit yang terlalu ramai.

“Sejak tentera kita berundur dari Kreminna, bahagian wilayah itu sudah dikuasai 80 peratus,” katanya merujuk kepada pengepungan Russia ke atas sebuah pekan di Luhansk.

Sebelum Russia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu, kerajaan Kyiv menguasai 60 peratus wilayah Luhansk.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, tentera Russia melancarkan serangan di timur Ukraine selepas gagal menawan Kyiv di utara negara.

Operasi ketenteraan Moscow memfokuskan semula di wilayah timur Donbas, yang sebahagian besarnya dikawal oleh kumpulan pemisah pro-Kremlin sejak 2014.

Kawalan terhadap Donbas membolehkan Moscow mewujudkan koridor selatan ke semenanjung Crimea yang dikuasainya.

Sementara itu, Haidai berkata, pertempuran makin sengit di Luhansk sehingga penduduk tidak dapat meninggalkan tempat perlindungan sementara.

Kata beliau, selepas merampas Kreminna, tentera Russia kini mengancam bandar Rubizhne dan Popasna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN