DIKENALI sebagai roti Bazin, makanan itu merupakan antara juadah istimewa yang sering dihidangkan setiap kali tibanya Ramadan di Libya.
Juadah itu dihasilkan dengan tepung barli dan garam yang dicampurkan ke dalam air dan dimasak sehingga mendidih sebelum diuli menjadi roti.
Proses mengulinyanya dilakukan dengan menggunakan kayu pemukul yang digelar ‘magraf’ sehingga campuran menjadi doh.
Teksturnya keras kerana dicampur dengan kuantiti garam yang banyak.
Bazin sering dihidangkan dengan sup tomato berisi kentang, telur dan daging kambing.
Roti itu juga dianggap sebagai menu kebangsaan Libya.