Raja Jordan tingkat usaha hentikan penindasan Zionis di Masjid al-Aqsa - Utusan Malaysia

Raja Jordan tingkat usaha hentikan penindasan Zionis di Masjid al-Aqsa

WARTAWAN AFP dipukul oleh tentera Israel ketika cuba merakamkan gambar di pekarangan Masjid Al-Aqsa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Raja Jordan, Raja Abdullah II meningkatkan usaha untuk menamatkan penindasan Zionis trhadap rakyat Palestin yang beribadat di Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis sepanjang Ramadan.

Semalam, beliau menghubungi Putera Mahkota Abu Dhabi, Putera Sheikh Mohammed bin Zyed, Presiden Mesir, Abdul-Fattah el-Sisi, Presiden Majlis Eropah, Charles Michel, Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Lapor Arab News, menerusi perbincangan, Raja Abdullah menekankan keperluan untuk Israel menghentikan semua tindakan kekerasan di masjid tersebut.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, Jordan sudah pun memanggil Duta Israel mengenai isu yang berlaku.

“Amman dengan jelas menyampaikan bantahan dan penegasan terhadap kekerasan yang dilakukan Zionis terhadap rakyat Palestin di al-Aqsa.

“Sekiranya Israel tidak menghentikan tindakan baculnya, mereka perlu menanggung akibatnya nanti,” kata Ayman.

Jurucakap Kementerian Luar, Haitham Abu Ful pula memaklumkan, Jordan turut mendesak Israel supaya menghormati kebebasan rakyat Palestin untuk beribadat di masjid tersebut.

“Tindakan Israel di masjid itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN