Pusat beli-belah terbesar Aceh musnah dalam kebakaran

Pusat beli-belah terbesar di Aceh musnah dalam kebakaran

KEBAKARAN di pusat beli-belah Suzuya dapat dipadam sepenuhnya selepas lebih 10 jam terbakar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACEH: Sebuah pusat beli-belah terbesar di Aceh terbakar, menyaksikan semua premis perniagaan dan produk jualan di dalamnya musnah.

Pusat beli-belah Suzuya di Banda Aceh terbakar sejak pagi semalam sebelum berlarutan hingga ke tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Pemadaman Kebakaran dan Penyelamat (DPKP) Banda Aceh, Nasri berkata, keseluruh pusat beli-belah itu tidak boleh lagi digunakan dan perlu dibaik pulih sepenuhnya sebelum beroperasi semula.

Katanya, DPKP menerima panggilan telefon mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 11.30 pagi waktu tempatan.

“Kebakaran dipercayai berlaku dari bahagian gudang penyimpanan di pusat beli-belah tersebut dan api merebak dengan cepat.

“Sehingga tengah malam tadi, seluruh tingkat satu hingga tiga musnah terbakar dan pasukan bomba mengambil masa lebih 10 jam untuk memadamkan kebakaran,” katanya seperti yang dilapor Antara News.

Jelas Nasri, pada pukul 5 hingga 6 petang, bomba sudah berjaya mengawal api, namun beberapa jam selepas itu, kebakaran berlaku semula dan merebak lagi cepat.

Hal itu kerana, api di bahagian dalam pusat beli-belah itu sukar dipadamkan menyebabkan kebakaran terus berlaku.

Sehingga kini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua pengunjung serta pekerja di pusat beli-belah  berkenaan berjaya dikeluarkan ketika kebakaran berlaku.

Berdasarkan pemeriksaan awal, punca kebakaran itu mungkin disebabkan oleh litar pintas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN