Punca pesawat China terhempas gagal dikesan - Utusan Malaysia

Punca pesawat China terhempas gagal dikesan

PASUKAN polis separa tentera China sedang mengumpulkan serpihan pesawat China Eastern Airlines yang terhempas Mac lalu. – CNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pasukan penyiasat memaklumkan pihaknya masih gagal mengenal pasti punca di sebalik insiden pesawat China Eastern Airlines terhempas ketika dalam penerbangan bulan lalu.

Lapor Daily Mail, laporan dikeluarkan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) menyatakan tiada sebarang luar biasa dikesan pada pesawat itu mahupun terhadap anak kapal atau unsur luar
seperti cuaca buruk.

Jelas laporan itu, pasukan penyiasat masih berusaha mendapatkan data daripada kotak hitam pesawat yang rosak teruk dan perakam suara yang mungkin memberi gambaran jelas keadaan pesawat serta anak kapal pada detik terakhir penerbangan tersebut.

Menurut laporan itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) sedang membantu memuat turun maklumat daripada perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit.

Ketika ini, kedua-dua kotak hitam sedang dianalisis oleh pakar penerbangan AS di makmal kerajaan di Washington.

Selain menganalisis data penerbangan, pasukan penyiasat akan terus menjalani ujian saintifik ke atas serpihan pesawat untuk mencari sebarang petunjuk.

Pada 21 Mac lalu, pesawat yang membawa 132 penumpang terhempas di kawasan pergunungan Guangxi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya