Proses permohonan VEP dipercepatkan dari 7 kepada 3 minggu

Proses permohonan VEP dipercepatkan dari 7 kepada 3 minggu

DERETAN kenderaan yang ingin memasuki Singapura di pusat pemeriksaan Woodlands. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Tempoh pemprosesan untuk permohonan permit masuk kenderaan (VEP) dijangka dipercepatkan kepada tiga minggu.

Penambahbaikan itu dilakukan selepas sumber tambahan diperuntukkan bagi mengendalikan permintaan daripada pemandu yang ingin memasuki Singapura menggunakan kenderaan dengan pendaftaran asing.

Pihak Berkuasa Pengangkutan darat (LTA) semalam memaklumkan, kira-kira 120,000 permohonan VEP diterima sejak pintu sempadan Malaysia-Singapura dibuka pada 1 April lalu.

Lapor Channel News Asia, kira-kira 50,000 atau 40 peratus daripada jumlah permohonan menerima VEP mereka lebih awal berbanding tempoh yang dinyatakan semasa membuat permohonan.

“Disebabkan volum permohonan VEP untuk perjalanan rentas sempadan yang tinggi, LTA meningkatkan sumber bagi mengendalikan permintaan tersebut.

“Langkah itu dapat mempercepatkan pemprosesan VEP dari tujuh kepada tiga minggu,” jelas LTA.

Pintu sempadan kedua-dua negara dibuka buat pertama kali sepenuhnya selepas dua tahun ditutup akibat pandemik Covid-19.

Akses itu diberikan kepada pengembara yang sudah mendapat suntikan vaksin Covid-19 lengkap, selain mereka tidak perlu menjalani kuarantin.

Pemandu kenderaan asing perlu mendapatkan VEP yang diluluskan oleh LTA sebelum memasuki republik ini.

Permohonan VEP perlu dilakukan secara dalam talian menerusi Perkhidmatan Digital VEP dalam laman web OneMotoring.

Permohonan tidak akan diterima di pusat pemeriksaan bagi menjamin kelancaran trafik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya