Polis Zionis serbu al-Aqsa sekali lagi, beri alasan mahu kawal keselamatan - Utusan Malaysia

Polis Zionis serbu al-Aqsa sekali lagi, beri alasan mahu kawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Polis Israel dilaporkan sekali lagi memasuki Masjid al-Aqsa dengan alasan ingin mengawal keadaan selepas menyerbu masjid tersebut pada Jumaat lalu sehingga mencetuskan pertempuran dengan rakyat Palestin.

Polis Zionis juga mendakwa rakyat Palestin ‘sudah mengumpul batu dan mendirikan halangan untuk mencetuskan rusuhan’, sekali gus memerlukan mereka memastikan keadaan di al-Aqsa benar-benar terkawal.

Pertempuran yang berlaku pada Jumaat lalu bermula selepas pasukan keselamatan Zionis mendakwa rakyat Palestin membaling batu ke arah tapak suci Yahudi yang terletak di dalam kawasan masjid tersebut.

Rusuhan itu menyaksikan lebih 150 rakyat Palestin cedera apabila mereka terkena tembakan peluru getah yang dilepaskan polis Israel. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN