Pemerdagangan manusia: Pempengaruh Mesir dipenjara 3 tahun - Utusan Malaysia

Pemerdagangan manusia: Pempengaruh Mesir dipenjara 3 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Seorang pempengaruh media sosial TikTok dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun selepas didapati bersalah terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia.

Haneen Hossam didakwa mengeksploitasi kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan duit melalui aplikasi media sosial tersebut.

Haneen bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Kumpulan Aktivis kemanusiaan menyatakan Haneen yang berusia 20-an didakwa kerana kerajaan Mesir ingin ‘membendung kemunculan pempengaruh media sosial wanita’.

Para aktivis menegaskan, dakwaan yang dikenakan terhadap Haneen dan 11 pempengaruh media sosial wanita lain sudah pun berlarutan sejak 2020, selain melanggar hak privasi mereka dan kebebasan bersuara.

Haneen yang merupakan pelajar Universiti Keherah mempunyai lebih 900,000 pengikut dalam TikTok.

Menerusi aplikasi sosial tu, wanita tersebut sering membuat video menunjukkan dia melakukan gerak bibir pelbagai lagu sambil menari.

Kali pertama dia ditahan pada April 2020 selepas menjemput beberapa wanita yang merupakan pengikutnya untuk menyertai satu lagi paltform perkongsian video, Likee.

Platform itu dikatakan boleh ‘mendatangkan duit’ dengan menyiarkan video secara langsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN