Pasar mini tiga tingkat runtuh di Kalimantan Selatan

Pasar mini tiga tingkat runtuh di Kalimantan Selatan

ORANG ramai memenuhi lokasi kejadian untuk menyaksikan operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan pasukan keselamatan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARTAPURA: Struktur bangunan yang uzur dan kawasan sekitar yang sering dilanda banjir didakwa menjadi punca utama pasar mini Alfamart runtuh dalam satu kejadian, di Banjar semalam.

Perkara itu disampaikan oleh Ketua Polis Kalimantan Selatan, Rikwanto ketika beliau mengunjungi lokasi kejadian bagi memantau operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Katanya, bangunan setinggi tiga tingkat itu sudah berusia lebih 20 tahun.

“Kawasan itu juga sering dilanda banjir, sekali gus menyebabkan tiang penahannya tidak lagi mampu menahan beban bangunan.

“Struktur bangunan itu sudah tidak sekuat seperti ia baru dibina pada 20 tahun lalu, maka kejadian ini mungkin berpunca daripada keadaan bangunan uzur,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Jelas Rikwanto, polis akan melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar bangunan tersebut runtuh.

Katanya, proses itu akan melibatkan pasukan forensik dari Surabaya, Jawa Timur.

Terdahulu, bangunan tersebut dilaporkan runtuh secara tiba-tiba ketika umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.

Ketika kejadian, 16 orang termasuk enam petugas pasar mini itu terperangkap di bawah runtuhan.

Lapan daripadanya berjaya dibawa keluar dan empat meninggal dunia, manakala lima lagi masih terperangkap.

Sehubungan itu, pasukan keselamatan akan meneruskan operasi SAR untuk mengeluarkan kesemua mangsa tersebut.

Sementara itu, pengurusan Alfamart memaklumkan pihaknya akan menanggung kos perubatan semua mangsa terlibat.

Alfamart turut menzahirkan kesedihan terhadap keluarga mangsa yang terkorban.

“Kami berharap mangsa yang terperangkap berjaya dikeluarkan tidak lama lagi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya