Nagaenthran dihukum gantung di Singapura, minggu depan - Utusan Malaysia

Nagaenthran dihukum gantung di Singapura, minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia yang didapati bersalah menyeludup dadah ke Singapura, Nagaenthran K Dharmalingam akan menjalani hukuman gantung di negara ini pada minggu depan.

Kakaknya, Sharmila Dharmalingam berkata, keluarganya dimaklumkan Nagaenthran akan dihukum mati pada 27 April ini.

“Ahli keluarga termasuk ibu dan tiga adik-beradiknya akan pergi ke sana untuk melihatnya terlebih dahulu,” katanya kepada AFP.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menolak percubaan tertuduh untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar hukuman matinya.

Nagaenthran ditahan pada 2009 kerana mengedar sebanyak 42.72 gram heroin  ke negara itu yang mempunyai beberapa undang-undang dadah paling ketat di dunia, dan menjatuhkan hukuman mati pada tahun berikutnya.

Namun, rancangan untuk menggantungnya mencetuskan kritikan meluas kerana kebimbangan mengenai ketidakupayaan intelektualnya, dengan Kesatuan Eropah (EU) dan hartawan British, Richard Branson antara yang mengutuknya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.