Minyak zaitun rosakkan periuk Le Creuset

Minyak zaitun rosakkan periuk Le Creuset

LE Creuset menasihatkan pelanggan agar tidak memasak menggunakan minyak zaitun kerana boleh merosakkan kuali. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah syarikat peralatan memasak popular, Le Creuset menasihatkan pelanggannya agar tidak memasak dengan menggunakan minyak zaitun kerana titik asap yang rendah boleh  merosakkan kuali keluaran syarikat tersebut.

Le Creuset mengeluarkan kenyataan demikian setelah menerima banyak aduan pengguna mengenai bahagian bawah periuk dan kuali menjadi rosak apabila digunakan.

Lapor Daily Mail, jenama Perancis itu menulis surat kepada pelanggannya dengan memaklumkan bahawa pilihan minyak masak digunakan mungkin menjadi punca masalah itu berlaku.

Menurut laporan, minyak zaitun mempunyai titik asap rendah bermakna ia boleh membakar lebih cepat dan menyebabkan makanan rasa pahit berbanding penggunaan minyak lain seperti bunga matahari, avakado, kanola, kelapa, jagung dan bijan.

Seorang pelanggan memberitahu syarikat itu menasihatkan untuk mengelak daripada menggunakan minyak zaitun.

“Mereka mengesyorkan penggunaan minyak yang mempunyai tahap pembakaran lebih tinggi seperti minyak kelapa dan bunga matahari.

“Minyak zaitun boleh membentuk lapisan keperangan pada kuali (minyak terbakar) dengan mewujudkan sekatan antara makanan dan kuali.

“Syarikat itu juga meminta kami sapu minyak masak di sekeliling kuali dan biarkan sementara ia tidak digunakan. Ia akan membantu mengekalkan kualitinya,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya