Meriam Ramadan UAE terus 'meledak' - Utusan Malaysia

Meriam Ramadan UAE terus ‘meledak’

TEMBAKAN meriam dilepaskan di hadapan Burj Khalifa sebagai tanda berakhirnya tempoh berpuasa pada hari tersebut di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP negara mempunyai cara dan keunikan tersendiri menyambut Ramadan setiap tahun dan perkara itu turut dilakukan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sejak 1960-an, UAE akan melaksanakan aktiviti tembakan meriam setiap kali tibanya Ramadan.

Tembakan meriam yang dilepaskan setiap hari sepanjang Ramadan itu bertujuan menandakan berakhirnya puasa pada hari tersebut, sekali gus menjadi tradisi tahunan  UAE.

Mengikut protokol, empat anggota keselamatan akan ditempatkan ketika dua tembakan meriam dilepaskan. 

Pada tahun ini, sejumlah meriam ditempatkan di 11 lokasi di Dubai dengan lima lokasi tetap termasuk di hadapan Burj Khalifa dan Atlantis the Palm.

Tembakan meriam itu boleh didengari sehingga jarak 10 kilometer.

Stesen televisyen juga akan menyiarkan secara langsung aktiviti tersebut selama 30 hari sepanjang Ramadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya