Masjidil Haram lancar gelang tangan pintar bantu cari anak hilang

Masjidil Haram lancar gelang tangan pintar bantu cari anak hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Dr. Abdulrahman Al-Sudais melancarkan inisiatif gelang tangan pintar untuk jemaah kanak-kanak di Masjidil Haram.

Gelang tangan tersebut dilengkapi data komunikasi ahli keluarga bagi membolehkan pihak berkuasa berhubung dengan ibu bapa bagi kanak-kanak yang hilang dengan lebih pantas, lapor Arab News.

Alat itu akan diagihkan kepada kanak-kanak yang menunaikan ibadah umrah bersama ibu bapa dan boleh digunakan sekiranya mereka tersesat di Masjidil Haram.

Setiausaha Agung Khidmat Sosial dan Sukarela, Amjad Ayed Al-Hazmi berkata, Pejabat Hal Ehwal Dua Masjid Suci bertekad menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengunjung Masjidil Haram.

Sementara itu, Pejabat Penjaga Dua Masjid Suci sudah mengagihkan hampir 7,000 payung kepada jemaah umrah dan pengunjung Masjidil Haram.

Inisiatif ‘Payung Anda di Tangan Anda’ bertujuan melindungi jemaah umrah daripada panas terik semasa melakukan tawaf serta bagi kakitangan yang membantu jemaah di masjid tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN