Lebih 3,000 tentera Ukraine terkorban - Zelensky - Utusan Malaysia

Lebih 3,000 tentera Ukraine terkorban – Zelensky

PRESIDEN Ukraine, Volodymyr Zelensky - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr memaklumkan lebih 3,000 tentera Ukraine terkorban sejak insiden pencerobohan Rusia bermula di negara itu.

Lapor BBC, Zelensky mendedahkan maklumat terkini itu menerusi temubual dengan CNN.

Katanya, seramai 10,000 tentera Ukraine cedera sejak insiden pencerobohan Rusia bermula.

Beliau turut memberi amaran mengenai ancaman serangan nuklear Rusia yang berpotensi seperti dilaporkan oleh media sebelum ini.

Sebulan lalu, Zelensky menganggarkan kira-kira 1,300 tentera Ukraine maut dalam serangan Rusia di negara itu.

Bagaimanapun, pemimpin itu mendakwa lebih ramai tentera Rusia turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Ukraine dan Rusia kerap membuat dakwaan mengenai angka korban membabitkan kedua-dua negara itu.

Sementara itu, agensi berita TASS melaporkan Rusia membedil sebuah tempat penyimpanan aset tentera di Kyiv, ibu negara Ukraine.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov berkata, sebanyak 16 sasaran dimusnahkan dengan menggunakan peluru berpandu ketepatan tinggi.

Antara sasaran itu termasuk peralatan, gudang dan tempat penyimpanan senjata.

Tambah beliau, sebuah kemudahan membaiki peralatan tentera di Mykolaiv di selatan Ukraine, turut dimusnahkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.