Kuota haji jemaah Singapura dikurangkan - Utusan Malaysia

Kuota haji jemaah Singapura dikurangkan

PERATURAN ketat yang dikenakan kepada bakal haji negara ini demi keselamatan mereka sepanjang berada di Tanah Suci Mekah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kementerian Haji dan Arab Saudi memperuntukkan kuota sebanyak 407 bagi jemaah haji Singapura tahun ini, iaitu 45 peratus lebih rendah berbanding kuota rasmi 900 jemaah sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan semalam.

berikutan ibadah haji 2020 dan 2021 ditangguhkan, MUIS akan memperuntukkan semula had kuota bagi tahun ini kepada bakal jemaah yang sepatutnya menunaikan haji pada tahun 2020 dan kini menepati syarat yang diperlukan untuk haji 2022.

Jemaah lain yang sudah berada di bawah Sistem Pendaftaran Awal akan secara automatik ditetapkan untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun-tahun berikutnya.

Kelayakan semua jemaah untuk menunaikan Haji setiap tahun tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

MUIS juga sudah menghubungi para jemaah yang terjejas dengan penangguhan Haji pada 2020 dan 2021 untuk mendapatkan status vaksinasi dan mengemas kini butiran lain, seperti nombor telefon dan alamat emel. Para jemaah juga ditanya sama ada ingin melaksanakan haji tahun ini.

“Ini sebahagian dariapda usaha MUIS untuk memastikan para jemaah bersiap sedia, kekal fleksibel dan bersedia dari segi rohani, fizikal, mental dan kewangan supaya dapat menunaikan haji mereka,” menurut MUIS.

Para jemaah yang belum memberikan respons kepada MUIS diminta untuk berbuat demikian sebelum 29 April 2022. Sekiranya gagal, mereka secara automatik akan disenaraikan sebagai calon jemaah haji pada tahun-tahun akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya