Kuota haji 2022 diberi kepada kumpulan jemaah tahun 2020

Kuota haji 2022 diberi kepada kumpulan jemaah tahun 2020

KUOTA haji tahun ini akan diberi keutamaan kepada jemaah 2020 yang tertangguh susulan pandemik Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kuota haji 2022 akan diberi keutamaan kepada jemaah haji tahun 2020 yang tertangguh susulan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Haji dan Umrah di Kementerian Agama, Hilman Latief berkata, jemaah yang akan berangkat ke tanah suci tahun ini adalah mereka yang berusia bawah 65 tahun.

“Berdasarkan data, kuota haji tahun ini akan diberi kepada jemaah 2020 yang tidak dapat menunaikan haji ketika itu kerana pandemik Covid-19.

“Kita akan hantar jemaah haji yang berusia bawah 65 tahun,” katanya kepada Kompas.com.

Dalam pada itu, Hilman menjelaskan, had umur jemaah yang dibenarkan menunaikan haji pada tahun ini adalah terhad.

Namun, sekatan kuota berbeza dengan peraturan bagi jemaah umrah.

“Arab Saudi mahu memastikan jemaah tidak mempunyai masalah kesihatan yang berat, kerana pandemik Covid-19 belum hilang sepenuhnya.

“Perkara itu dapat menjamin kelancaran ibadah haji pada tahun ini serta pada masa akan datang,” ujarnya.

Selain itu, Hilman turut memaklumkan kerajaan akan membuat pemilihan calon jemaah untuk menunaikan haji tahun ini.

Katanya, Kementerian Agama juga akan menentukan kos haji yang akan dibayar oleh jemaah.

Sementara itu, Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas menyatakan, Indonesia akan cuba meminta kuota haji tambahan dari Arab Saudi bagi tahun ini.

Jelas beliau, kuota itu mungkin boleh diambil dari negara lain yang jemaahnya lebih sedikit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya