350 bas disediakan untuk balik kampung percuma

350 bas disediakan untuk balik kampung percuma

SEBANYAK 350 bas disediakan untuk 10,5000 penumpang dalam program pulang ke kampung secara percuma.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Pengangkutan menyediakan program pulang ke kampung sempena Lebaran 2022 secara percuma selepas dua tahun ditangguhkan akibat penularan wabak Covid-19. 

Setiausaha Ketua Pengarah Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan, Marta Hardisarwono berkata, terdapat 350 bas disediakan untuk 10,500 penumpang dalam program itu. 

Jelasnya, sebanyak 270 bas disediakan untuk membawa 8,100 penumpang pulang ke kampung dan baki 80 bas untuk perjalanan pulang semula ke Jakarta melibatkan 2,400 penumpang. 

“Kita juga menyediakan pengangkutan untuk membawa pulang motosikal secara percuma dengan 34 lori disediakan. 

“Jadi bagi yang pulang ke kampung, sebanyak 17 lori disediakan yang mampu memuatkan 510 motosikal termasuk perjalanan semula ke bandar ini,” katanya lapor Kompas.com

Menurut Marta, program pulang ke kampung secara percuma akan diselaraskan dengan pihak berkaitan. 

Katanya, aspek jangkitan Covid-19 turut menjadi kebimbangan kerana sambutan hangat penduduk yang bakal menyertai program ini.

Justeru, beliau meminta pelaksanaan protokol kesihatan Covid-19 dijalankan secara ketat seperti pemakaian pelitup muka, mengimbas suhu badan dan mencuci tangan dengan kerap. 

“Sudah dua kali lebaran tetapi tiada program pulang ke kampung secara percuma. Sudah tentu, tahun ini ramai yang akan pulang dan aspek kesihatan sangat diambil berat,” ujarnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya