RAMADAN menjadi antara bulan paling suci dalam kalendar Islam, sekali gus menunjukkan segala kebaikan yang dilakukan dalam bulan itu akan diberi ganjaran atau pahala berlipat ganda.
Keadaan itu menyaksikan banyak badan kebajikan di seluruh dunia berlumba-lumba menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan dengan tujuan utamanya, mengumpul seberapa banyak pahala dalam Ramadan.
Bersedekah merupakan antara amalan yang dituntut dalam Islam kerana dapat mengurangkan kesusahan yang dialami golongan memerlukan.
Berdasarkan hadis dan al-Quran, amalan bersedekah akan menjadikan harta seseorang tidak berkurang, menghapuskan dosa, menjauhkan diri dari api neraka dan selamat dari musibah.
Melalui sedekah, golongan yang memerlukan masih berpeluang meneruskan kehidupan harian, biarpun tidak mewah, namun mencukupi untuk mengurangkan kesusahan yang dialami.