Tidak sempat beraya, kanak-kanak 7 tahun maut didera abang sepupu

Tidak sempat beraya, kanak-kanak 7 tahun maut didera abang sepupu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUKOHARJO: Akibat sering didera oleh dua abang sepupunya dalam tempoh yang lama, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun akhirnya meninggal dunia.

Lapor Kompas.com, mangsa yang dikenali sebagai Dila, meninggal dunia pada malam Selasa lalu akibat pelbagai kecederaan dengan badannya dipenuhi kesan pukul baharu serta lama.

MANGSA dipercayai didera dalam tempoh yang lama. – AGENSI

Kes itu terbongkar selepas seorang daripad abang sepupunya berjumpa dengan ketua kampung, Suraji untuk meminjam tempat mandikan jenazah.

Suraji berasa curiga kerana dia tidak dimaklumkan sebarang berita mengenai kematian penduduk di kampungnya.

Kemudian, Suraji dan beberapa penduduk setempat mengunjungi rumah suspek dan mendapati Dila sudah meninggal dunia.

Kedua-dua suspek memaklumkan mangsa meninggal dunia kerana terjatuh dari tingkat dua rumah mereka.

Namun, perkara itu mencetuskan curiga dalam kalangan penduduk kerana mereka sebelum itu terdengar bunyi tangisan kanak-kanak, dipercayai suara Dila.

Sehubungan itu, penduduk kampung membuat laporan polis dan hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengakui mereka memukul serta mendera mangsa sehingga dia maut.

Pada pagi hari kejadian, Dila yang sudah seminggu tidak pergi ke sekolah kerana dimaklumkan tidak sihat membuat kemunculan di sekolahnya dalam keadaan yang menyayat hati.

Kepalanya botak, kakinya mengalami kecederaan sehingga tidak boleh memakai kasut dan berjalan sempurna.

Ketika ditanya para guru, Dila menceritakan dia sering dipukul oleh dua abang sepupunya.

Disebabkan itu, guru memanggil suspek dan meminta mereka supaya tidak memukul Dila sehingga mendatangkan kecederaan.

Namun, pada malam itu, para guru sekolah Dila dikejutkan dengan berita bahawa kanak-kanak itu meninggal dunia akibat cedera dipukul.

Menurut gurunya, Dila merupakan pelajar yang ceria, namun berubah sikap selepas ibu saudara yang mengasuhnya sejak kecil bercerai dengan suami dan berpindah ke tempat lain.

Dila dijaga oleh ibu saudaranya sejak berusia 35 tahun kerana wanita itu tidak mempunyai anak perempuan.

Dila kemudiannya tinggal bersama dua abang sepupunya yang merupakan anak ibu saudaranya, selain ibu kandungnya masih hidup dan menetap di Sulawesi Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN