Jangan balik kampung naik bas ‘zombie’

Jangan balik kampung naik bas ‘zombie’

KEADAAN sebuah bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Mangunan, Bantul, Yogyakarta pada 6 Februari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG: Balai Pengelolaan Pengangkutan Darat (BPTD) Wilayah Sumatera Barat mendapati sejumlah bas ekspres dalam keadaan ‘zombie’ atau tidak layak digunakan untuk membawa penumpang balik beraya di kampung.

Keadaan semua bas tersebut diperiksa dalam satu prosedur di Terminal Anak Air, Kota Padang, Sumatera Barat kelmarin.

Ketua BPTD Sumatera Barat, Deny Kusdyana berkata, hasil pemeriksaan bas itu mendapati ada sejumlah daripadanya tidak layak untuk digunakan membawa penumpang.

Katanya, antara ciri bas yang hilang kelayakan untuk perjalanan termasuk kad pengawasan tamat tempoh dan aspek keselamatan yang tidak menepati piawaian.

“Bas zombie ini hanya bawa sahaja penumpang ke destinasi mereka tanpa mengambil kisah aspek keselamatan kenderaan.

“Kebiasaannya, bas ini akan dinaiki oleh golongan yang terdesak untuk balik ke kampung kerana tiket sudah habis dijual,” katanya kepada Kompas.com.

Dalam pada itu, Deny menjelaskan, bas zombie ini muncul susulan pandemik Covid-19 yang membelenggu Indonesia selama dua tahun.

Pandemik Covid-19 menyaksikan kerajaan Indonesia tidak membenarkan masyarakat pulang beraya ke kampung bagi mengawal penularan.

Akibatnya, banyak bas ekspres mengalami kerosakan kerana terlalu lama tidak bergerak.

Sehubungan itu, Deny menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran tiket murah yang dijual ulat tiket kerana bimbang bas yang digunakan adalah bas zombie.

“Jangan disebabkan terdesak untuk beraya di kampung, kita perjudikan nyawa dengan menaiki kenderaan yang tidak selamat,” tegasnya.

Sementara itu, Deny juga memaklumkan, semua dokumen bas zombie akan disita bagi mengelakkannya melakukan perjalanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya