Indonesia tetapkan kos haji RM11,710 bagi setiap jemaah

Indonesia tetapkan kos haji RM11,710 bagi setiap jemaah

CALON jemaah haji tidak perlu menanggung kos tambahan yang dikenakan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Jakarta dan Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR) mencapai persetujuan mengenai Kos Ibadah Haji (Bipih) dan Kos Penyelenggaraan Haji (BPIH) bagi tahun 1443 Hijrah atau 2022.

Lapor Kompas.com, persetujuan itu dicapai antara Suruhanjaya VIII DPR dan Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas semalam.

Berdasarkan rundingan yang dipersetujui, kos menunaikan ibadah haji pada tahun ini ditetapkan sebanyak 39.8 juta rupiah (RM11,710) bagi setiap jemaah.

Jumlah itu termasuk tiket penerbangan, penempatan di Mekah dan Madinah, perbelanjaan dan visa.

Jumlah kos itu juga dilaporkan bertambah berbanding tahun 2020 yang secara puratanya adalah 35.3 hingga 38.3 juta rupiah (RM10,384 hingga RM11,265).

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara ini bersetuju agar kos tambahan itu dikenakan kepada peruntukan akaun maya milik jemaah haji 2020 yang diuruskan oleh Badan Pengurusan Kewangan Haji (BPKH).

Akaun maya adalah akaun bayangan jemaah yang menunggu yang digunakan untuk menampung nilai manfaat hasil pembangunan atau pelaburan dana haji oleh BPKH.

“Tambahan kos haji bagi tahun ini masih tidak ditanggung oleh jemaah, tetapi dialihkan kepada peruntukan akaun maya.

“Maka, calon jemaah haji tidak akan menambah walau satu rupiah pun dalam kos haji mereka,” kata Ketua Suruhanjaya VIII DPR, Yandri Susanto.

Calon jemaah haji yang bakal berangkat ke tanah suci pada tahun ini adalah jemaah 2020 selepas keberangkatan mereka ditangguh susulan pandemik Covid-19.

Selain itu, jemaah haji tahun ini juga terdiri daripada mereka yang berusia di bawah 65 tahun.

Kerajaan juga sepakat untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kepada jemaah haji dengan menambah jumlah hidangan makanan iaitu dari dua kepada tiga kali sehari selama berada di Mekah dan Madinah.

Sementara itu, kerajaan turut bersetuju agar jemaah haji tidak perlu membayar kos ujian calitan Covid-19 di Arab Saudi selepas pulang ke tanah air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya