Indonesia sedia perluas sekatan eksport minyak sawit - Utusan Malaysia

Indonesia sedia perluas sekatan eksport minyak sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia bersedia untuk memperluaskan sekatan eksport minyak sawit yang ketika ini hanya tertakluk kepada minyak sakit bertapis.

Langkah itu akan diambil sekiranya negara ini berdepan kekurangan sumber produk terbitan yang digunakan dalam minyak masak.

Sejak Khamis lalu, negara pengeksport minyak sawit terbesar dunia itu merancang untuk menghentikan penghantaran minyak sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD).

Pegawai kerajaan, Musdhalifah Machmud berkata, Indonesia akan membenarkan eksport minya sawit mentah atau produk terbitan lain.

Namun, perkara itu akan dipantau dari semasa ke semasa bagi mengawal bekalan.

“Jika berlaku kekurangan minyak sawit bertapis, maka sekatan eksport akan diperluaskan,” katanya.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, Jumaat lalu mengumumkan sekatan eksport minyak masak dan bahan mentahnya, demi mengawal peningkatan harga tempatan, namun tidak memberikan sebarang perincian lanjut.

Pengumuman oleh Indonesia mencetuskan peningkatan harga minyak makan di peringkat global, memandangkan bekalan kini terjejas ekoran cuaca buruk dan kesan pencerobohan Russia di Ukraine.

Pasaran sebelum ini menjangkakan sekatan sedemikian bakal meliputi rangkaian produk minyak sawit. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya