MUMBAI: Golongan peniaga India memperuntukkan sebanyak 40,000 tan beras untuk dihantar segera ke Sri Lanka sebagai bantuan makanan asas buat pertama kali selepas Colombo memperoleh saluran kredit dari Delhi.
Sri Lanka yang mempunyai duata penduduk itu ketika ini bergelut untuk membayar import penting selepas penurunan 70 peratus rizab pertukaran asing dalam tempoh dua tahun.
Keadaan itu menyebabkan penurunan nilai mata wang serta pelbagai usaha giat dijalankan untuk mendapatkan bantuan pinjaman global.
Selain itu, Sri Lanka juga berdepan masalah kekurangan bahan api, lonjakan harga makanan dengan protes berlaku di beberapa kawasan sebagai menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.
India dijangka menghantar bekalan beras itu sebelum musim perayaan utama di Sri Lanka.
Penghantaran beras secara tidak langsung boleh membantu Colombo menurunkan harga beras yang meningkat dua kali ganda dalam tempoh setahun.
Pada bulan lalu, India yang juga pengeksport beras terbesar dunia, menyatakan persetujuan pada untuk menyediakan kemudahan kredit berjumlah AS$1 bilion (RM4.21 bilion) susulan kekurangan barangan keperluan yang mendesak, termasuk bahan api, makanan dan ubat-ubatan. – REUTERS