Ibu curi telefon anak kerana tidak diberi nafkah, perlu tanggung cucu

Ibu curi telefon anak kerana tidak diberi nafkah, perlu tanggung cucu

SUSPEK ditahan empat bulan selepas dia mencuri telefon bimbit anaknya untuk dijual bagi mendapatkan duit belanja. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MATARAM: Gara-gara tidak diberi duit nafkah, seorang ibu sanggup mencuri telefon bimbit anaknya untuk dijual bagi mendapatkan duit belanja.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai AM, 64 tahun, ditahan polis baru-baru ini dan mengakui mencuri telefon bimbit anaknya pada Disember tahun lalu.

Kes tersebut berlaku selepas anak wanita itu membuat laporan polis berikutan telefon bimbitnya hilang tanpa mengetahui ibunya sendiri yang mencuri dan empat bulan kemudian, polis berjaya menahan suspek.

Ketika disoal siasat polis, suspek menceritakan dia mencuri telefon bimbit tersebut ketika anaknya tidur.

“Anak saya tidak pernah menghulurkan duit belanja kepada saya, walhal lima anaknya juga duduk dengan saya.

“Saya tidak mempunyai wang untuk beli makanan buat cucu-cucu saya, bahkan sudah diminta namun masih tidak diberikan duit.

“Saya tidak mempunyai pilihan selain mencuri telefon bimbit anak dan menjualnya bagi mendapatkan duit belanja,” ujarnya kepada Kompas.com.

Wanita itu memberitahu, dia menjual telefon bimbit anaknya pada harga 1.6 juta rupiah (RM483).

Jelasnya, duia tersebut kemudiannya digunakan untuk membayar hutang dan memberi barangan keperluan untuk lima cucunya.

Sementara itu, anak wanita berkenaan menarik semula laporan polis yang dibuat dan memaklumkan akan berbincang dengan ibunya mengenai kes tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya