Hukuman gantung Datchinamurthy ditangguhkan - Utusan Malaysia

Hukuman gantung Datchinamurthy ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Mahkamah Tinggi negara ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman gantung terhadap seorang lagi rakyat Malaysia yang sepatutnya dihukum gantung atas kesalahan dadah di penjara, esok.

Peguam aktivis hak asasi Singapura, M. Ravi berkongsi berita penangguhan hukuman gantung terhadap K. Datchinamurthy di akaun Facebooknya.

Menurut Ravi, pihak mahkamah menerima permohonannya untuk menangguhkan hukuman berkenaan.

“Permohonan itu dibenarkan sementara menunggu satu lagi keputusan perbicaraan pada 20 Mei ini,” katanya.

Datchinamurthy ditahan bersama seorang wanita warga Singapura pada 2011.

Dia dakwa atas tuduhan mengedar 44.9 gram diamorphine ke Singapura.

Semalam, seorang warga Malaysia, D. Nagaenthran yang didapati bersalah kerana menyeludup dadah jenis heroin seberat 42.7 gram dihukum gantung di Singapura.

Sebelum ini, Datchinamurthy dijadualkan menjalani hukuman gantung, dua hari selepas Nagaenthran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.