Hanya 30 minit dibenarkan berada di R&R

Hanya 30 minit dibenarkan berada di R&R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMARANG: Tempoh berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) hanya dibenarkan selama 30 minit bagi setiap pengunjung yang pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri.  

Langkah itu dibuat bagi mengawal jumlah kenderaan yang memasuki kawasan R&R sekali gus mengelakkan kesesakan jalan. 

Pengarah Jasa Marga Semarang Batang, Prayudi memohon kepada semua pengguna lebuh raya memanfaatkan masa mereka sebaiknya. 

Katanya, ramai pengguna akan menggunakan lebuh raya semasa musim perayaan Aidilfitri nanti. 

“Laluan masuk ke kawasan itu akan menjadi sehala sahaja, jadi senang untuk kita bagi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengambil masa terlalu lama sebelum meneruskan perjalanan,” katanya lapor Kompas.com. 

Prayudi berkata, pihaknya juga akan menambah bilangan tandas di kawasan R&R bagi mengelakkan orang ramai beratur panjang.

“Kita akan tambah kapasiti 100 tandas jenis A dan 50 tandas jenis B,” katanya. 

Orang ramai dinasihatkan bersedia daripada segi mental, minyak kenderaan, kad elektronik tol dan bekalan makanan sepanjang melakukan perjalanan.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya