Filipina: Angka korban ribut Megi cecah 167 orang - Utusan Malaysia

Filipina: Angka korban ribut Megi cecah 167 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Sekurang-kurangnya 167 penduduk terkorban dalam kejadian tanah runtuh dan banjir akibat ribut Megi yang melanda Filipina sejak Ahad lalu.

Lapor BBC, menurut agensi pengurusan bencana, seramai 110 orang lagi hilang dan kira-kira 1.9 juta penduduk terjejas teruk akibat bencana itu.

Beberapa perkampungan di sekitar bandar Baybay di wilayah tengah Leyte terjejas teruk dengan tanah runtuh di lereng bukit dan air sungai melimpah keluar.

Di kampung Pilar, kira-kira 80 peratus rumah penduduk dihanyutkan ke laut.

Agensi itu turut melaporkan kematian di wilayah selatan Davao, Mindanao dan wilayah tengah Negros Oriental.

Ramai penduduk berpindah ke pusat perlindungan atau tempat lebih tinggi apabila ribut Agaton yang membawa angin sehingga 65 kilometer sejam (km/j) melanda kepulauan itu.

Beberapa gambar yang dimuat naik oleh Pengawal Pantai Filipina menunjukkan pasukan penyelamat membawa mangsa cedera melalui air setinggi paras dada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN