'Duit itu buat beli minyak masak, bukan kredit telefon'

‘Duit itu buat beli minyak masak, bukan kredit telefon’

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) meminta masyarakat supaya menggunakan wang bantuan sosial yang disalurkan oleh Kementerian Sosial untuk membeli minyak masak serta barangan runcit dan bukannya tambah nilai kredit telefon bimbit.

Katanya, wang tersebut diberikan kepada rakyat untuk membeli barangan keperluan, terutamanya menjelang Aidilfitri bagi meringankan beban mereka.

“Kepada semua masyarakat yang saya hormati, sila gunakan duit bantuan ini untuk membeli barangan yang diperlukan seperti barang runcit dan minyak masak yang digunakan setiap hari.

“Jangan guna untuk perkara yang tidak penting, seperti tambah nilai kredit telefon bimbit,” katanya seperti yang dilaporkan Tribunnews.

Jokowi berkata demikian ketika menghadiri sesi taklimat bantuan sosial di Gedung Pos, Jakarta kelmarin.

Selain itu, Jokowi turut menanyakan kepada petugas jika masih ada pihak yang belum menerima bantuan tersebut.

Kemudian, beliau dimaklumkan bahawa terdapat 1,420 atau 0.7 peratus penduduk yang belum menerima bantuan dan akan diserahkan kepada mereka dalam masa terdekat.

Sebelum ini, kerajaan membuat keputusan untuk memberikan bantuan wang tunai sebanyak 100,000 rupiah (RM30) setiap bulan.

Pemberian wang tunai tersebut bagi megurangkan beban masyarakat susulan peningkatan harga minyak masak dan barangan runcit di negara ini.

Bantuan tersebut diberikan kepada 20.5 juta keluarga yang layak.

Wang tunai tersebut akan diberi tempoh tiga bulan sekali gus iaitu bagi April, Mei dan Jun yang berjumlah 300,000 rupiah (RM90).

Sementara itu, Jokowi juga meminta semua agensi dan kementerian terlibat supaya memastikan semua bantuan dapat disalurkan dengan lancar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya