JEDDAH: Riyadh hanya merekodkan 96 kes baharu Covid-19 dengan tiga kes kematian dilaporkan hari ini.
Lapor Arab News, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara itu adalah sebanyak 751,813 kes dan jumlah kematian keseluruhan adalah sebanyak 9,058 orang.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi memaklumkan seramai 289 pesakit sudah pulih daripada Covid-19 sekali gus menjadikan 737,199 pesakit pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus itu.
Jelasnya, lebih 64.5 juta dos vaksin sudah diberikan kepada rakyat negara ini melibatkan 25 juta penerima yang lengkap menerima dua suntikan.
Pihak kementerian meminta orang ramai yang belum menerima suntikan vaksin agar segera mendaftar menerusi aplikasi Sehhaty.
Kerajaan Arab Saudi menyediakan sebanyak 587 pusat vaksinasi di seluruh negara.