China lulus ujian klinikal vaksin cegah Omicron - Utusan Malaysia

China lulus ujian klinikal vaksin cegah Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Dua calon vaksin Covid-19 yang dikeluarkan oleh unit dalam China National Biotec Group (CNBG) untuk mencegah penularan varian Omicron sudah mendapat kelulusan sebagai dos penggalak dalam ujian klinikal di Hong Kong.

CNBG yang merupakan anak syarikat Sinopharm itu memaklumkan, kedua-dua vaksin tersebut mengandungi virus Omicron yang sudah dinyahaktif dan serupa dengan dua vaksin Sinopharm yang digunakan di China.

Vaksin berkenaan akan diuji pada golongan dewasa yang sudah menerima dua atau tiga dos vaksin Covid-19.

Namun, CNBG tidak memaklumkan jenis vaksin yang diambil oleh koresponden sebelum suntikan dos keempat menggunakan vaksin baharu itu diberikan.

Kajian yang dilakukan di negara ini menunjukkan suntikan dos keempat vaksin BBIBP-CorV iaitu vaksin sedia ada Sinopharm tidak menurunkan antivodi menentang Omicron apabila diberikan enam bulan selepas dos ketiga.

Malah, dos keempat itu memulihkan tahap antibodi kepada tahap tertinggi, sekali gus sesuai untuk dijadikan dos penggalak pada masa akan datang.

China ketika ini bertungkus-lumus menurunkan kes jangkitan Covid-19 yang disebabkan oleh penularan Omicron.

Kadar kes jangkitan di negara ini disifatkan paling teruk sejak pandemik Covid-19 bermula.

Keadaan itu menyaksikan banyak wilayah dan bandar utama dikenakan perintah berkurung sehingga mencetuskan kemarahan rakyat.

Dasar sifar Covid-19 yang dilaksanakan China turut mendapat kritikan daripada pelbagai negara di seluruh dunia yang kebanyakannya ketika ini sudah pun memulakan ‘fasa endemik’. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya