China Eastern guna semula pesawat Boeing 737-800 - Utusan Malaysia

China Eastern guna semula pesawat Boeing 737-800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Syarikat penerbangan China Eastern Airlines menggunakan semula pesawat Boeing 737-800 bagi penerbangan komersial, iaitu kurang sebulan selepas nahas yang meragut 132 nyawa dan lebih 200 pesawat syarikat itu tidak dibenarkan terbang.

Berdasarkan laman web Flightradar24, penerbangan China Eastern MU5843 menggunakan pesawat Boeing 737-800 berlepas dari bandar Kunming pada pukul 9.58 pagi waktu tempatan hari ini dan mendarat di Chengdu pada pukul 11.03 pagi.

Pesawat itu yang melengkapkan ujian penerbangan semalam, berlepas dari Chengdu pada pukul 1.02 tengah hari menuju ke Kunming.

Sebuah lagi pesawat Boeing 737-800 melakukan ujian penerbangan pagi tadi di Shanghai dan merupakan kapal terbang milik China Eastern.

Namun, syarikat tersebut enggan mengulas lanjut mengenai operasi terbabit.

Pada 21 Mac lalu, pesawat MU5735 yang dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou terhempas di kawasan pergunungan wilayah Guangxi.

Nahas itu menyebabkan 123 penumpang dan sembilan kru terbunuh, sekali gus menjadi nahas penerbangan terburuk di China dalam tempoh 28 tahun lalu.

Sehingga kini, pihak berkuasa China masih belum menentukan punca nahas terbabit dan kedua-dua kotak hitam opesawat itu dalam proses pemeriksaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya