Buat tarian bogel atas gunung suci, lelaki Kanada diusir dari Bali - Utusan Malaysia

Buat tarian bogel atas gunung suci, lelaki Kanada diusir dari Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR: Seorang pelakon warga Kanada yang mengaku sebagai jurulatih kesihatan diusir dari Bali selepas videonya menari dalam keadaan berbogel di sebuah gunung suci menjadi tular.

Jeffrey Craigen berkongsi video yang menunjukkan dia melakukan tarian Haka sambil berbogel di atas Gunung Batur, iaitu gunung berapi yang dianggap suci oleh masyarakat Bali.

Lelaki itu kemudiannya ditahan dan disoal siasat semalam selepas banyak aduan diterima daripada pengguna media sosial yang menuduhnya tidak menghormati nilai agama di Bali.

Craigen kini menunggu masa untuk dihantar pulang ke negara asalnya namun proses itu berdepan masalah kerana lelaki tersebut belum menerima vaksin Covid-19.

Keadaan itu menyebabkan tiada syarikat penerbangan enggan membawanya ke Kanada.

Selain itu, Craigen juga disenarai hitam daripada memasuki Bali pada masa akan datang.

Lelaki itu masuk ke Indonesia sejak akhir 2019 sebagai pelancong sebelum terlibat dengan kajian rawatan alternatif untuk osteoporosis.

Sementara itu, Craigen mendakwa dia tidak mengethaui gunung berkenaan merupakan tempat suci. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya