Rakyat Palestin perlu ‘kebenaran Zionis’ untuk masuk Al-Aqsa - Utusan Malaysia

Rakyat Palestin perlu ‘kebenaran Zionis’ untuk masuk Al-Aqsa

RAKYAT Palestin dikehendaki beratur untuk pemeriksaan kad pengenalan oleh pihak berkuasa Israel di Baitulaham, sebelum dibenarkan masuk ke Baitulmuqaddis bagi menunaikan solat di Masjid al-Aqsa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASJID Al-Aqsa secara asasnya berdiri megah di Baitulmuqaddis di Palestin dan logiknya, rakyat negara itu boleh memasuki rumah Allah SWT itu pada bila-bila masa tanpa perlu sekatan atau halangan.

Namun, pencerobohan Israel di bumi Palestin menjadikan kawasan masjid yang merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia itu seperti kawasan larangan.

Setiap rakyat Palestin yang ingin menunaikan solat di masjid itu perlu mendapat kebenaran dan dibenarkan masuk pada hari tertentu sahaja.

Zionis memberikan alasan, langkah itu dilakukan bagi mengelak rusuhan ganas berlaku yang boleh mencetuskan kekecohan.

Namun, bagi penduduk Yahudi yang turut beribadat al-Aqsa, mereka dibenarkan memasuki kompaun itu pada bila-bila masa tanpa perlu pemeriksaan dan permit kebenaran.

Selain itu, kemasukan rakyat Palestin ke al-Aqsa juga mempunyai kuota yang dibenarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN